kali ini teman nak berkongsi mengenai suatu perkara yg
agak sensitif dalam masyarakat Melayu terutama pada pasangan yang berkahwin.
yang teman maksudkan ialah pasangan
yang telah berkahwin tetapi tiada mempunyai rezki anak.
teman bukan nak sentuh pasal hubungan suami isteri
tetapi seperti biasa teman nak sediakan satu landasan, cadangan dan pilihan;
kepada pasangan suami isteri yang di dalam situasi sebegini dalam merancang
harta.
sebagai permulaan, teman nak jelaskan hukum
berkaitan pembahagian harta dari segi faraid dalam situasi kepada pasangan yang
tidak mempunyai anak ini.
sekiranya
SUAMI atau ISTERI tiada waris lain spt ibubapa, adik beradek atau bapa saudara
serta ibu saudara, maka :-
- Suami yang meninggal – isteri dapat ¼; baki
ke BaitulMal.
- Isteri yang meninggal – suami dapat ½; baki
ke BaitulMal.
- Suami Isteri meninggal serentak – teman
telah menulis mengenai perkara ini dan merujuk kepada fatwa. mohon rujuk kpd
posting dengan tajuk Hukum Pewarisan Bagi
Kes Kematian Serentak.
sekiranya
SUAMI atau ISTERI ada waris lain spt ibubapa, adik beradek atau bapa saudara
serta ibu saudara, maka harta bagi pasangan yang meninggal akan dibahagi-bahagikan juga kepada waris mereka masing-masing.
di sini teman nak buat penjelasan sedikit.
teman ada bertanya kpd BaitulMal di Ipoh
dalam bulan Januari 2012 yg baru lalu mengenai bahagian faraid BaitulMal ini. teman
dimaklumkan bahawa, kecuali untuk harta yang telah diniatkan untuk diwakafkan; pihak
waris boleh mendapatkan bahagian faraid yang diperuntukan kpd BaitulMal. cara
perolehan ialah bahagian faraid tersebut akan dibuat penilaian dan waris
bolehlah mendapatkannya dengan membuat bayaran kepada BaitulMal dengan nilaian
yang telah dibuat itu. untuk maklumat lanjut berkaitan hal dan pelaksanaannya;
bolehlah diajukan terus segala persoalan ke BaitulMal.
baiklah, sekarang teman nak ulas mengenai pilihan
perancangan harta yang boleh dibuat oleh pasangan berkenaan.
Yang pertama; mestilah menyediakan wissoyyah lengkap.
dokumen ini akan memperincikan perkara-perkara seperti berikut :-
- Lantikan Wasi /Pemegang Amanah ( Dokumen Penulisa Wisoyyah )
-
Lantikan Penjaga; sekiranya pewasiat/si mati
meninggalkan anak angkat dibawah umur 18 tahun.
- Menyenaraikan nama semua ahli waris untuk
memudahkan pembahagian harta pusaka.
- Lantikan Penasihat Pusaka / Peguam untuk
menjalankan tugas-tugas penyelesaian tuntutan pusaka.
- Arahan bayaran pengurusan harta dan
penyelesaian hutang tertunggak .
- Merealisasikan wang kwsp / insurans /
takaful / khairat kematian dan lain-lain harta alih; bagi pembayaran atau
pembahagian pusaka.
- Arahan melaksanakan tuntutan syarak yang
tidak sempat dilaksanakan semasa hidup (tuntutan Rukun Islam ) seperti Badal
Haji; Zakat dan lain-lain.
-
Penjelasan Nazar / Wakaf/Amanah
-
Melaksanakan arahan Hibah / Pemberian /
Korban dan lain-lain.
- Penjelasan hutang melalui penjualan harta
sekiranya nilaian harta pusaka tidak mencukupi untuk menjelaskan hutang
pewasiat/si mati.
yang kedua; menyediakan dokumen harta sepencarian. tujuan utama ialah supaya harta yang
diperolehi semasa tempoh perkahwinan yg sah; akan berpindah milik secara terus
tanpa perlu dikatagorikan sebagai harta pusaka jika berlaku kematian salah
seorang pasangan dan memudahkan pembahagian tuntutan harta sekiranya berlaku
perceraian.
begitulah antara cadangan dan pilihan yang ada bagi
perancangan harta bagi pasangan yang tiada mempunyai anak atau mempunyai anak
angkat.
untuk maklumat mengenai kaedah perancangan yang
dinyatakan; silalah berhubung dengan saya di talian 017 582 0308. inshaallah;
bolehlah diuruskan temujanji.