Wednesday, February 29, 2012

HUKUM-HUKUM YANG BERKAITAN DENGAN WASIAT


  berikut saya kongsikan mengenai hukum berkaitan pelaksanaan wasiat - sumber KITAB FIKAH MAZHAB SYAFIE - WAKAF, WASIAT & FARAID; terjemahan oleh Dr Mustofa Al-Khin dan lain-lain.

Wasiat adalah merupakan amalan yang amat digalakan oleh Islam ke atas umatnya. Sekarang marilah kita lihat kepada beberapa hukum yang berkaitan tentang pelaksanaan wasiat ini :-
WajibSekiranya terdapat tanggungjawab syarie yang perlu dilaksanakan kepada Allah SWT seperti tuntutan zakat atau wajib haji yang belum diselesaikan oleh arwah.
Haram – Adalah menjadi haram sekiranya pewasiat mewasiatkan perkara yang diharamkan seperti arak. Wasiat sebegini tidak boleh dilaksanakan. Ini termasuklah wasiat yang bertujuan menyusahkan waris-waris dan menghalang mereka daripada menerima bahagian yang ditetapkan oleh syarak.
HarusWasiat diharuskan jika ditujukan untu sahabat handai yang mana mereka ini bukan dari golongan yang berilmu. Jika wasiat itu bertujuan baik untuk menghubungkan silaturahim maka wasiat ini dianggap sunat kerana ianya bertujuan mentaati Allah.
Makruh – Sekiranya pewasiat seorang yang kurang berada dan memiliki waris-waris yang miskin serta memerlukan harta. Wasiat juga makruh sekiranya diberikan kepada orang yang fasik kerana dikhuatiri akan digunakan harta itu untuk kejahatan.

hartaku milikku hartamu milikku jua...

lanjutan dari coretan teman mengenai harta sepencarian, kali ini teman nak berkongsi ilmu lagi mengenai tajuk yg sama.

semua maklum bahawa, tuntutan dan keperluan setiap pasangan yang berkahwin adalah berbeza. 

kehidupan yang penuh mencabar lebih lebih lagi di zaman cyber ini menuntut supaya setiap pasangan mempunyai pendapatan yang kukuh bagi memenuhi tuntutan seharian. lazimnya, apa yang menghalang lelaki atau wanita untuk memulakan alam perkahwinan ialah rata-rata inginkan kerjaya yang stabil dahulu sebelum "terjun" ke alam perkahwinan. teman bukan nak bercakap secara mendalam dalam bab munakahat kerana tempoh perkahwinan teman sendiri tidak mengizinkan untuk memberi contoh atau tunjukajar tentang bab itu. cuma dari pemerhatian sahaja dan ilmu yang amat sedikit diri ini dalam bab-bab perancangan harta khususnya bila melibatkan pasangan berkahwinlah yang hendak teman kongsikan.

dua kemungkinan. pertamanya; bila berlaku perceraian dan salah satu pihak membuat tuntutan harta sepencarian dan keduanya; bila berlaku kematian salah seorang dari pasangan suami isteri. 

sepertimana coretan teman sebelum ini, utk orang Islam yg bermastautin di negeri Perak, Enakmen 6 Tahun 2004 Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004 digunapakai.

ada dua (2) peruntukan yg menyebut secara jelas mengenai harta sepencarian ini iaitu Seksyen 108 Perintah Larangan Melupuskan Harta Sepencarian dan Seksyen 122 Kuasa Mahkamah Untuk Memerintahkan Pembahagian Harta Sepencarian.
 
kalau ada nak buat tuntutan harta sepencarian untuk kes perceraian; maka khidmat peguam hendaklah digunakan. ini melibatkan kos. kalau tidak, gunalah khidmat Biro Bantuan Guaman.
 
isu yg teman nak ketengahkan disini ialah antara masalah yang akan timbul bila berlaku tuntutan dan pembuktian untuk mendapatkan hak ke atas harta yg dituntut ialah pasangan mungkin tak setuju dgn keputusan pembahagian mahkamah; tempoh yg lama utuk penyelesaian dan sebagainya.itu biasa.
 
jadi; bagi mengelakkan semua masalah ini; elokkan kita sebagai pasangan suami isteri; memikirkan cara penyelesaian untuk masalah yg bakal timbul apabila berlaku perpisahan secara perceraian ( yg semua pasangan tidak mahu berlaku ) atau kematian ( yg pasti akan berlaku bila-bila sahaja )

jadi oleh itu; ingin saya cadangkan satu penyelesaian iaitu dengan menyediakan dokumentasi harta sepencarian; supaya semua pihak boleh memutuskan dan bersetuju dengan bahagian masing-masing; supaya boleh dipercepatkan proses pembahagian; penjimatan masa; mengelakkan pertingkahan; keperluan untuk pembuktian sumbangan kepada pemilikan harta dan yang paling utama sekali semua harta yang dinyatakan sebagai harta sepencarian; tidak perlu dimasukkan ke dalam tuntutan pembahagian harta mengikut Faraid.  
 
utk maklumat lanjut mengenainya; silalah hubungi saya di talian 017 582 0308 utk temujanji. 

maka adakah kedengaran kelak; hartaku milikku hartamu milikku jua.
 
 
   




Tuesday, February 28, 2012

anda tanya, saya jawab...

anda ada persoalan mengenai perancangan harta khususnya bab mengenai pewarisan atau pusaka atau wasiat? kemukan persoalan anda diruang komentar disini. inshaallah saya akan mencari penyelesaian persoalan anda.

Mahar...


Segala puji bagi ALLAH, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat-sahabat baginda dan semua orang yang mengikuti jejak mereka.
Bagi memulakan perbincangan, marilah kita renungi firman ALLAH SWT dalam Surah an-Nisa’ ayat 4 iaitu yang maksudnya :-

  " Berikanlah maskawin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebagian dari maskawin itu dengan senang hati, Maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya."

Mahar atau maskahwin membawa erti perbelanjaan atau pemberian seumpama wang atau lain-lain yang berfaedah, yang wajib diberi atau dibayar oleh pihak lelaki kepada pihak wanita yang ingin dikahwininya. Setiap akad perkahwinan mestilah mempunyai mahar (mas kahwin) dalam bentuk benda yang bernilai walaupun kecil atau faedah dan manfaat yang diberikan oleh suami kepada isterinya kerana akad perkahwinan.
Dari segi hukum; firman Allah SWT dalam Surah an-Nisa’ ayat 4; seperti yang dinyatakan di atas, dengan jelas menyatakan kewajipan pemberian mahar atau mas kahwin oleh pengantin lelaki kepada bakal isterinya disebabkan berlakunya akad nikah. Manakala Rasulullah SAW pula menyatakan melalui hadis riwayat Ibnu Majah bahawa; “ Perkahwinan adalah sunnahku. Sesiapa yang tidak suka mengikut sunnahku, maka dia bukanlah umatku.
Manakala dari segi undang-undang pula; Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004, Seksyen 21 pula tidak memberi istilah atau makna kepada perkataan tersebut sebaliknya memberi takrif dengan menyatakan bahawa mas kahwin hendaklah biasanya dibayar oleh pihak lelaki atau wakilnya kepada pihak perempuan atau wakilnya dihadapan orang yang mengakadnikahkan itu dan sekurang-kurangnya dua saksi lain.
 
Berdasarkan kepada nas-nas yang terdiri daripada ayat-ayat Al-Quran, al-Hadis dan undang-undang semasa yag digunapakai, maka jelaslah dan dapat difahamkan kepentingan mahar atau mas kahwin kepada institusi perkahwinan di sisi Islam.

Monday, February 27, 2012

flier terkini

Sumbangan berterusan saya dalam menyelesaikan permasalahan masyarakat Islam kita. 

Perkhidmatan yang ditawarkan adalah membantu masyarakat yang menghadapi masalah dalam membuat TUNTUTAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA & PERANCANGAN HARTA UNTUK PEWARISAN.

Selain itu, saya juga menganjurkan Kursus Perancangan Kewangan & Pewarisan Harta / Pusaka dan bersedia hadir untuk memberi taklimat serta penerangan samada secara individu atau berkumpulan mengenai perkara di atas.

 Sila boleh dihubungi di 017 582 0308.

Friday, February 24, 2012

Hukum Pewarisan Bagi Kes Kematian Serentak

teman bawakan disini; info. utk renungan semua....


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-83 yang bersidang pada 22 - 24 Oktober 2008 telah membincangkan Hukum Pewarisan Bagi Kes Kematian Serentak. 

Muzakarah telah memutuskan bahawa mana-mana ahli keluarga yang meninggal dunia secara serentak dalam kejadian yang sama atau sebaliknya dan tidak dapat ditentukan siapa yang mati terlebih dahulu bagi menentukan hak pewarisan, maka mereka tidak akan saling mewarisi antara satu sama lain kerana berdasarkan syarat-syarat pewarisan, waris (al-warith) hendaklah masih hidup semasa kematian orang yang mewariskan (al-muwarrith). Oleh itu, harta pusaka si mati akan dibahagikan kepada waris-waris yang hidup tanpa mengambilkira bahagian ahli keluarga yang mati bersamanya.

Bagi merekodkan waktu kematian, perakuan pakar perubatan hendaklah diterimapakai dan dicatatkan dalam Sijil Kematian.

Keterangan/Hujah: 

  1. Bagi kes ahli-ahli keluarga yang meninggal secara serentak yang tidak dapat ditentukan siapa meninggal terlebih dahulu dalam kejadian kapal karam, kebakaran, tertimbus dalam runtuhan, kemalangan jalan raya dan sebagainya, Jumhur Fuqaha’ kecuali mazhab Hanbali berpendapat bahawa mereka itu tidak saling mewarisi antara satu sama lain kerana syarat pewarisan ialah waris (al-warith) hendaklah masih hidup sewaktu kematian orang yang yang mewariskan (al-muwarrith) sedangkan dalam kes kematian serentak syarat tersebut tidak dipenuhi. Dalam kejadian tidak dapat ditentukan siapa yang mati terlebih dahulu di kalangan ahli keluarga, maka mereka tidak saling mewarisi antara satu sama lain.

  1. Berdasarkan pendapat Jumhur Fuqaha’, harta pusaka si mati dibahagikan kepada waris-waris yang hidup tanpa mengambil kira bahagian ahli keluarga yang mati bersamanya. Sebagai contoh: sekiranya dua (2) orang adik beradik meninggal dunia secara serentak dalam kebakaran. Setiap seorang daripada mereka meninggalkan wang simpanan berjumlah RM90,000 beserta seorang ibu, seorang anak perempuan dan seorang bapa saudara sebelah bapa (‘am).

  1. Menurut pandangan Mazhab Hanafi, Maliki dan Syafi’i, harta tersebut akan diwarisi oleh ibu dan anak-anak perempuan mereka tanpa mengambil kira bahagian saudara yang meninggal bersama. Dalam hal ini, anak perempuan mereka akan menerima ½ atau RM45,000 setiap seorang manakala ibu akan mendapat 1/6 atau RM15,000 daripada jumlah wang simpanan anak pertama dan anak kedua. Manakala selebihnya iaitu RM30,000 akan diperolehi oleh bapa saudara sebelah bapa mereka sebagai ‘asabah yang mengambil lebihan harta pusaka.

  1. Dar al-Ifta’ Mesir telah mengeluarkan fatwa bagi kes kematian serentak melibatkan ahli keluarga dengan menyatakan bahawa ahli keluarga berkenaan tidak mewarisi antara satu sama lain.

  1. Dalam isu pewarisan bagi kes kematian serentak ini, pandangan Jumhur Ulama’ lebih fokus berbanding dengan yang lain di mana Jumhur menetapkan bahawa mereka tidak saling mewarisi antara satu sama lain dan harta pusaka si mati akan dibahagikan kepada waris-waris yang hidup tanpa mengambil kira bahagian ahli keluarga yang mati bersamanya.

  1. Jawatankuasa boleh mengambil pandangan Jumhur dalam menentukan hukum kerana ia berdasarkan kepentingan dan maslahah umat Islam.