Monday, February 20, 2012

apa itu PERANCANGAN HARTA dalam Islam?

Perancangan Harta di dalam Islam memberikan takrifan yang lebih meluas kepada istilah harta itu sendiri. Dalam satu sudut, ia menunjukkan satu jenis daripada harta komersial yang dimiliki oleh seseorang. 
        Sebagai contoh estet getah. Dalam sudut yang lain, ia memberi makna harta yang seseorang  mempunyai hak ke atas faedahnya dan melibatkan pemilikan seseorang ke atas harta tersebut. Implikasinya, semua harta yang dimiliki secara tunai atau berhutang dan ikatan yang ada  ke atasnya termasuklah hutang piutang yang ditinggalkan oleh simati adalah dikira sebagai harta. 
         Kesimpulannya; “perancangan harta dalam Islam” bermaksud pengurusan yang sah dan berkesan dari segi undang-undang dan Hukum Syarak dalam bentuk pengurusan harta seseorang yang mana bukan sekadar untuk mengurangkan kebimbangannya bahkan untuk melaksanakan hasrat terakhir seseorang mengikut hukum syarak selepas kematiannya.

No comments: