Thursday, February 23, 2012

apabila kasih sayang tiada lagi…


Setiap pasangan suami isteri mengharapkan perkahwinan yang dibina berkekalan dunia dan akhirat.

namun begitu, realitinya, bukan semua perkahwinan itu kekal hingga ke akhir hayat. tidak kira berapa lama ikatan perkahwinan telah berlangsung. sebulan, setahun, sepuluh tahun, tiga puluh tahun atau sebagainya; apabila persefahaman tiada lagi; setelah habis ikhtiar termasuk proses sulh / kaunseling di pejabat agama; gagal untuk kembalikan kemesraan seperti dahulu; maka pilihan yg ada ialah berpisah “secara baik” atau bercerai. 

dengan sahnya permohonan perceraian setelah segala proses undang-undang dipatuhi; maka akan bermulalah banyak lagi prosidur undang-undang yg sukar utk diharungi. 

selain dari pengamal undang-undang syarie; ramai yg tidak mengetahui bahawa peruntukan enakmen keluarga Islam yg berkuatkuasa dan undang-undang syarak yg digunapakai sebagai sumber perundangan; banyak memberi hak dan keistimewaan kepada wanita terutama apabila berlakunya perceraian. antara hak-hak wanita selepas berlakunya perceraian ialah tuntutan mutaah; tuntutan nafkah eddah; tuntutan hadhanah ( hak jagaan anak ); tuntutan nafkah anak dan tuntutan harta sepencarian.

kecuali harta sepencarian; hak-hak yg lain itu teman kurang ilmunya. jadi tak bolehlah teman nak cerita lebih. teman nak berkongsi ilmu tentang harta sepencarian utk para pembaca blog ini ( ada ke? hehe ) kerana ianya adalah satu instrumen perancangan harta Islam yg selalu teman cadangkan kpd bakal pelanggan suami isteri utk dimasukkan ke dalam dokumen wissoyah.

utk orang Islam yg bermastautin di negeri Perak, Enakmen 6 Tahun 2004 Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004 digunapakai.

ada dua (2) peruntukan yg menyebut secara jelas mengenai harta sepencarian ini iaitu Seksyen 108 Perintah Larangan Melupuskan Harta Sepencarian dan Seksyen 122 Kuasa Mahkamah Untuk Memerintahkan Pembahagian Harta Sepencarian

teman tak akan perjelaskan kedua-dua peruntukan undang-undang di atas secara terperinci. apa yg teman nak kongsikan disini ialah dari segi maksud dan perkara serta isu berkaitan harta sepencarian itu.


definisi harta sepencarian ialah :-

“ harta yang diperolehi bersama-sama sepanjang perkahwinan yang sah di mana 
kedua-dua pihak memberi sumbangan 
 secara langsung atau  tidak langsung  
terhadap perolehan @ pemilikan harta tersebut.”

kalau kita teliti, bolehlah dijelaskan bahawa :-

  • harta yang diperolehi bersama-sama sepanjang perkahwinan yang sah = semua jenis harta yg dibeli / dimiliki secara bersama atau tidak; selepas berkahwin sehinggalah tarikh sah perceraian – hidup atau mati.
 
  • di mana kedua-dua pihak memberi sumbangan  secara langsung = apabila suami & isteri masing-masing keluarkan perbelanjaan utk memperolehi harta tersebut.
 
  • di mana kedua-dua pihak memberi sumbangan  secara tidak langsung = apabila hanya satu pihak yg mengeluarkan perbelanjaan dan pihak yg satu lagi tidak. contoh lazim ialah; apabila suami yg bekerja dan isteri surirumah sepenuh masa. sumbangan isteri ialah dari segi menjaga makan minum suami dan anak-anak, menjaga keselamatan dan kesejahteraan rumah. 
 
kalau dilihat dari definisi di atas; ini bermakna; semua harta yg dimiliki ialah harta sepencarian. betulkah begitu? malangnya tidak.
ada beberapa jenis harta yg tidak termasuk dalam istilah harta sepencarian. apakah jenis harta itu?

  • harta pusaka yg diperolehi oleh suami atau isteri sebagai waris.
  • wang caruman dari kwsp – ini disahkan melalui Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke 67 (22.2.2005); kerana ada sumbangan dari pihak ketiga iaitu majikan. 
  • wang pencen dari persaraan. 
sebenarnya; apabila berbicara mengenai harta sepencarian ini; ianya bukanlah sesuatu yg boleh dijadikan topik perbualan harian. ini adalah kerana “triggering point” utk tuntutan harta sepencarian ini ialah apabila berlakunya samada ( i ) kematian salah seorang pasangan suami / isteri dan ( ii ) setelah berlaku perceraian yg diperakui sah melalui proses undang-undang kerana tiada persefahaman serta apabila kasih sayang tiada lagi…

No comments: