Tuesday, February 21, 2012

bila surat tuntut hutang sampai ke rumah...baru nak beringat

salah satu elemen penting dalam perancangan harta Islam ialah penyelesaian hutang si mati.

teringat reaksi kengkawan bila diberitahu kerjaya teman skrg selain menjual buku ialah sebagai "penulis wasiat". 

ini maklumbalas deme; 

  • jgn meke haruih citer pasal bab2x mati nie dgn aku...
  • aku hutang banyak yob; harta setakat kete, rumah dgn moto masa belajor kat itm dulu tu je..
  • kesian teman tengok meke nie, jumpa org citer pasal mati, takde citer lain ke?
teman kata; mmg le susah nak dengor citer pasal bab2x mati nie, sapa yg suka dengor citer mati. tp kalau teman tak citer, smpi bila2x le harta org Islam kita tak dpt diselesaikan. bukannya sikit. dekat 38 billion!!!

sekian kalinya teman ckp. krojer teman nak bantu kengkawan buat perancangan awal. takde salahnya. bantu mana yg patut. ok now back to our topic...

apabila matinya seseorang Muslim itu, maka, ada beberapa ketentuan yg dikenakan ke atas harta pemilikannya. antaranya :-


(i) Menjelaskan perbelanjaan pengkebumian dan pengurusan jenazah seperti belanja memandi, mengkafan, membawa jenazah ke kubur, menggali kubur dan mengkebumikannya mengikut kadar pertengahan.



(ii) Menjelaskan hutang-hutang si mati sama ada hutang Allah seperti zakat, kaffarah, nazar dan haji fardu atau hutang sesama manusia menurut pendapat jumhur. Mazhab Hanafi tidak mewajibkan hutang Allah s.w.t dijelaskan kerana ia telah digugurkan dengan kematian.



(iii) Menyelesaikan tuntutan harta sepencarian oleh salah seorang suami atau isteri yang masih hidup jika harta itu diperolehi dalam masa perkahwinan dan kedua-dua pihak masing-masing ada sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kadarnya akan diputuskan oleh Mahkamah Syariah.



(iv) Melaksanakan wasiat yang dibuat oleh si mati (jika ada) atas kadar 1/3 daripada harta pusaka selepas dijelaskan perkara-perkara di atas. Wasiat juga tidak boleh dibuat kepada ahli waris yang berhak kepada harta pusaka walaupun kadarnya kurang daripada 1/3, kecuali ahli-ahli waris lain bersetuju dengan wasiat tersebut dan persetujuan itu diperolehi selepas kematian dan bukan pada masa hidup pewasiat.



semua di atas, wajib dilaksanakan sebelum harta tersebut diagih-agihkan mengikut faraid atau lain-lain cara yg telah dipersetujui bersama-sama waris.

kalau dilihat kpd tuntutan yg dnyatakan di atas, hutang dunia dan akhirat kita wajib diselesaikan oleh waris. 

bagaimana?

disinilah perancangan harta digunakan. harta yg ada digunakan utk menyelesaikan segala hutang piutang yg ada. 

teman ambil contoh hutang rumah. kebanyakan dari kita memiliki rumah dengan mengambil pinjaman samada melalui bank atau kerajaan. sekiranya berlaku musibah, hutang tersebut akan dijelaskan melalui insurans atau takaful ( MRTA atau MRTT ) yg kita ambil di awal pinjaman dahulu. selesai hutang rumah. iye ke dah selesai? 

sekiranya pinjaman yg dibuat utk membeli rumah tersebut dibuat atas dua nama iaitu nama suami dan isteri, kebiasaannya MRTT atau MRTA adalah dibahagi dua. 

kalau salah seorang dari peminjam meninggal dunia, hutang dengan bahagian MRTA atau MRTT beliau akan selesai. ini bermakna; pihak yg satu lagi akan menyambung baki pinjaman yg maseh ada utk bahagian pinjaman pihak yg maseh hidup lagi. boleh faham kan.

bayangkanlah, sekiranya si suami yg meninggal dunia dan  si isteri adalah suri rumahtangga sepenuh masa dan tidak pernah bekerja. 

apa akan jadi kepada belanja dapur, macamana nak bayar hutang kereta, hutang mesin basuh, hutang motor, duit sekolah anak2x mana nak cari dan lain-lainnya???

itulah gunanya perancangan harta dlm Islam. so; jgnlah tunggu...

bila surat tuntut hutang sampai ke rumah...baru nak beringat...



No comments: