Wednesday, February 29, 2012

hartaku milikku hartamu milikku jua...

lanjutan dari coretan teman mengenai harta sepencarian, kali ini teman nak berkongsi ilmu lagi mengenai tajuk yg sama.

semua maklum bahawa, tuntutan dan keperluan setiap pasangan yang berkahwin adalah berbeza. 

kehidupan yang penuh mencabar lebih lebih lagi di zaman cyber ini menuntut supaya setiap pasangan mempunyai pendapatan yang kukuh bagi memenuhi tuntutan seharian. lazimnya, apa yang menghalang lelaki atau wanita untuk memulakan alam perkahwinan ialah rata-rata inginkan kerjaya yang stabil dahulu sebelum "terjun" ke alam perkahwinan. teman bukan nak bercakap secara mendalam dalam bab munakahat kerana tempoh perkahwinan teman sendiri tidak mengizinkan untuk memberi contoh atau tunjukajar tentang bab itu. cuma dari pemerhatian sahaja dan ilmu yang amat sedikit diri ini dalam bab-bab perancangan harta khususnya bila melibatkan pasangan berkahwinlah yang hendak teman kongsikan.

dua kemungkinan. pertamanya; bila berlaku perceraian dan salah satu pihak membuat tuntutan harta sepencarian dan keduanya; bila berlaku kematian salah seorang dari pasangan suami isteri. 

sepertimana coretan teman sebelum ini, utk orang Islam yg bermastautin di negeri Perak, Enakmen 6 Tahun 2004 Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004 digunapakai.

ada dua (2) peruntukan yg menyebut secara jelas mengenai harta sepencarian ini iaitu Seksyen 108 Perintah Larangan Melupuskan Harta Sepencarian dan Seksyen 122 Kuasa Mahkamah Untuk Memerintahkan Pembahagian Harta Sepencarian.
 
kalau ada nak buat tuntutan harta sepencarian untuk kes perceraian; maka khidmat peguam hendaklah digunakan. ini melibatkan kos. kalau tidak, gunalah khidmat Biro Bantuan Guaman.
 
isu yg teman nak ketengahkan disini ialah antara masalah yang akan timbul bila berlaku tuntutan dan pembuktian untuk mendapatkan hak ke atas harta yg dituntut ialah pasangan mungkin tak setuju dgn keputusan pembahagian mahkamah; tempoh yg lama utuk penyelesaian dan sebagainya.itu biasa.
 
jadi; bagi mengelakkan semua masalah ini; elokkan kita sebagai pasangan suami isteri; memikirkan cara penyelesaian untuk masalah yg bakal timbul apabila berlaku perpisahan secara perceraian ( yg semua pasangan tidak mahu berlaku ) atau kematian ( yg pasti akan berlaku bila-bila sahaja )

jadi oleh itu; ingin saya cadangkan satu penyelesaian iaitu dengan menyediakan dokumentasi harta sepencarian; supaya semua pihak boleh memutuskan dan bersetuju dengan bahagian masing-masing; supaya boleh dipercepatkan proses pembahagian; penjimatan masa; mengelakkan pertingkahan; keperluan untuk pembuktian sumbangan kepada pemilikan harta dan yang paling utama sekali semua harta yang dinyatakan sebagai harta sepencarian; tidak perlu dimasukkan ke dalam tuntutan pembahagian harta mengikut Faraid.  
 
utk maklumat lanjut mengenainya; silalah hubungi saya di talian 017 582 0308 utk temujanji. 

maka adakah kedengaran kelak; hartaku milikku hartamu milikku jua.
 
 
   




No comments: