Tuesday, February 21, 2012

oh begitu...

ada kenalan yg bertanya bagaimana nak buat wasiat? 

soalan keduanya pula ialah berapa cajnya? jawapan saya; saya tak tahu berapa cajnya. cuma kadar yg saya kenakan bermula dari rm200 dan ke atas bergantung kpd permintaan dan kehendak si pewasiat. 

saya perlu tahu :-
  • berapa jumlah harta dan hutang yg ada?
  • waris berapa orang? 
  • bagaimana beliau nak bahagi-bahagikan harta?
  • siapa yg hendak dilantik dan boleh dipercayai utk bertindak sebagai wasi/pentadbir atau pemegang amanah? 
  • siapa yg hendak dilantik sebagai penjaga kpd anak-anak beliau yg dibawah umur?
  • adakah beliau bercadang utk berhibah atau berwakaf?
  • sekiranya beliau ada anak yg OKU yg memerlukan perhatian khas; berapa perbelanjaan sarahidup yg beliau hendak tetapkan kpd penjaga?
  • sudahkan beliau memikirkan cara pembahagian harta kpd waris yg ada?
  • halal haram penggunaan wang pampasan insuran yg diterima sekiranya beliau ada insuran dan bukannya takaful.
  • ada bercadang nak buat perancangan harta sepencarian?
  • dari mana sumber wang utk membayar segala hutang piutang?
..."beginilah. buleh ke meke set satu hari, kita sembang sama2x dgn isteri meke. bagi teman cerita segalanya.lepas tu, meke bincang dgn isteri, buat keputusan yg paling terbaik utk meke sekeluarga. lepas tu baru teman bantu uruskan buat wasiat utk meke" setuju?....

teman pun minta diri nak beredar. kawan tu nampak macam blur je...mungkin lepas perjumpaan nnti, at least ada ide macamana nak buat perancangan harta, inshaallah.




No comments: