Thursday, March 1, 2012

Kedudukan Anak Zina Dalam Pewarisan Harta Pusaka

Kali ini teman nak menyentuh sikit mengenai pewarisan pusaka oleh anak zina.

Bukannya apa. umum mengetahui bahawa jumlah kelahiran anak-anak tidak sah taraf di kalangan orang Islam membimbangkan ramai pihak. Di dalam Islam; tidak ada istilah “anak tidak sah taraf” tetapi Islam dengan tegasnya menggunakan istilah “anak zina”; hasil hubungan haram atau luar nikah ini. Teman tidak mahu mengupas isu ini dari sudut sosial tetapi cuma ingin mengulas dari sudut syarak sahaja.

Para ulamak bersepakat; keturunan anak zina disandarkan kepada ibunya dan tidak kepada bapanya. ini bermakna, anak zina hanya layak untuk menerima pusaka dari ibunya sahaja.

Ini adalah kerana hubungan anak zina itu dengan bapanya tidak dapat disahkan disebabkan syarak tidak menganggap zina sebagai satu cara perhubungan yang sah di antara lelaki dan perempuan atau satu cara untuk mengesahkan keturunan.

Atas alasan ini, tiada hubungan waris antara anak zina dan bapa atau ahli keluarga bapanya.

No comments: