Monday, March 5, 2012

Perancangan Harta untuk Pasangan yang tiada mempunyai anak atau yang mengambil anak angkat.

 
kali ini teman nak berkongsi mengenai suatu perkara yg agak sensitif dalam masyarakat Melayu terutama pada pasangan yang berkahwin. yang teman maksudkan ialah pasangan yang telah berkahwin tetapi tiada mempunyai rezki anak.
             teman bukan nak sentuh pasal hubungan suami isteri tetapi seperti biasa teman nak sediakan satu landasan, cadangan dan pilihan; kepada pasangan suami isteri yang di dalam situasi sebegini dalam merancang harta.
      sebagai permulaan, teman nak jelaskan hukum berkaitan pembahagian harta dari segi faraid dalam situasi kepada pasangan yang tidak mempunyai anak ini.
             sekiranya SUAMI atau ISTERI tiada waris lain spt ibubapa, adik beradek atau bapa saudara serta ibu saudara, maka :-
  • Suami yang meninggal – isteri dapat ¼; baki ke BaitulMal.
  • Isteri yang meninggal – suami dapat ½; baki ke BaitulMal.
  • Suami Isteri meninggal serentak – teman telah menulis mengenai perkara ini dan merujuk kepada fatwa. mohon rujuk kpd posting dengan tajuk Hukum Pewarisan Bagi Kes Kematian Serentak.
 sekiranya SUAMI atau ISTERI ada waris lain spt ibubapa, adik beradek atau bapa saudara serta ibu saudara, maka harta bagi pasangan yang meninggal akan dibahagi-bahagikan juga kepada waris mereka masing-masing.

di sini teman nak buat penjelasan sedikit.

teman ada bertanya kpd BaitulMal di Ipoh dalam bulan Januari 2012 yg baru lalu mengenai bahagian faraid BaitulMal ini. teman dimaklumkan bahawa, kecuali untuk harta yang telah diniatkan untuk diwakafkan; pihak waris boleh mendapatkan bahagian faraid yang diperuntukan kpd BaitulMal. cara perolehan ialah bahagian faraid tersebut akan dibuat penilaian dan waris bolehlah mendapatkannya dengan membuat bayaran kepada BaitulMal dengan nilaian yang telah dibuat itu. untuk maklumat lanjut berkaitan hal dan pelaksanaannya; bolehlah diajukan terus segala persoalan ke BaitulMal.

baiklah, sekarang teman nak ulas mengenai pilihan perancangan harta yang boleh dibuat oleh pasangan berkenaan. 
 
Yang pertama; mestilah menyediakan wissoyyah lengkap. dokumen ini akan memperincikan perkara-perkara seperti berikut :-

  •         Lantikan Wasi /Pemegang Amanah ( Dokumen Penulisa Wisoyyah )
  •         Lantikan Penjaga; sekiranya pewasiat/si mati meninggalkan anak angkat dibawah umur 18 tahun.
  •         Menyenaraikan nama semua ahli waris untuk memudahkan pembahagian harta pusaka.
  •         Lantikan Penasihat Pusaka / Peguam untuk menjalankan tugas-tugas penyelesaian tuntutan pusaka.
  •           Arahan bayaran pengurusan harta dan penyelesaian hutang tertunggak        .
  •              Merealisasikan wang kwsp / insurans / takaful / khairat kematian dan lain-lain harta alih; bagi pembayaran atau pembahagian pusaka.
  •              Arahan melaksanakan tuntutan syarak yang tidak sempat dilaksanakan semasa hidup (tuntutan Rukun Islam ) seperti Badal Haji; Zakat dan lain-lain.
  •             Penjelasan Nazar / Wakaf/Amanah
  •            Melaksanakan arahan Hibah / Pemberian / Korban dan lain-lain.
  •             Penjelasan hutang melalui penjualan harta sekiranya nilaian harta pusaka tidak mencukupi untuk menjelaskan hutang pewasiat/si mati.

yang kedua; menyediakan dokumen harta sepencarian. tujuan utama ialah supaya harta yang diperolehi semasa tempoh perkahwinan yg sah; akan berpindah milik secara terus tanpa perlu dikatagorikan sebagai harta pusaka jika berlaku kematian salah seorang pasangan dan memudahkan pembahagian tuntutan harta sekiranya berlaku perceraian.
begitulah antara cadangan dan pilihan yang ada bagi perancangan harta bagi pasangan yang tiada mempunyai anak atau mempunyai anak angkat.

untuk maklumat mengenai kaedah perancangan yang dinyatakan; silalah berhubung dengan saya di talian 017 582 0308. inshaallah; bolehlah diuruskan temujanji.

No comments: