Monday, February 27, 2012

flier terkini

Sumbangan berterusan saya dalam menyelesaikan permasalahan masyarakat Islam kita. 

Perkhidmatan yang ditawarkan adalah membantu masyarakat yang menghadapi masalah dalam membuat TUNTUTAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA & PERANCANGAN HARTA UNTUK PEWARISAN.

Selain itu, saya juga menganjurkan Kursus Perancangan Kewangan & Pewarisan Harta / Pusaka dan bersedia hadir untuk memberi taklimat serta penerangan samada secara individu atau berkumpulan mengenai perkara di atas.

 Sila boleh dihubungi di 017 582 0308.

Friday, February 24, 2012

Hukum Pewarisan Bagi Kes Kematian Serentak

teman bawakan disini; info. utk renungan semua....


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-83 yang bersidang pada 22 - 24 Oktober 2008 telah membincangkan Hukum Pewarisan Bagi Kes Kematian Serentak. 

Muzakarah telah memutuskan bahawa mana-mana ahli keluarga yang meninggal dunia secara serentak dalam kejadian yang sama atau sebaliknya dan tidak dapat ditentukan siapa yang mati terlebih dahulu bagi menentukan hak pewarisan, maka mereka tidak akan saling mewarisi antara satu sama lain kerana berdasarkan syarat-syarat pewarisan, waris (al-warith) hendaklah masih hidup semasa kematian orang yang mewariskan (al-muwarrith). Oleh itu, harta pusaka si mati akan dibahagikan kepada waris-waris yang hidup tanpa mengambilkira bahagian ahli keluarga yang mati bersamanya.

Bagi merekodkan waktu kematian, perakuan pakar perubatan hendaklah diterimapakai dan dicatatkan dalam Sijil Kematian.

Keterangan/Hujah: 

  1. Bagi kes ahli-ahli keluarga yang meninggal secara serentak yang tidak dapat ditentukan siapa meninggal terlebih dahulu dalam kejadian kapal karam, kebakaran, tertimbus dalam runtuhan, kemalangan jalan raya dan sebagainya, Jumhur Fuqaha’ kecuali mazhab Hanbali berpendapat bahawa mereka itu tidak saling mewarisi antara satu sama lain kerana syarat pewarisan ialah waris (al-warith) hendaklah masih hidup sewaktu kematian orang yang yang mewariskan (al-muwarrith) sedangkan dalam kes kematian serentak syarat tersebut tidak dipenuhi. Dalam kejadian tidak dapat ditentukan siapa yang mati terlebih dahulu di kalangan ahli keluarga, maka mereka tidak saling mewarisi antara satu sama lain.

  1. Berdasarkan pendapat Jumhur Fuqaha’, harta pusaka si mati dibahagikan kepada waris-waris yang hidup tanpa mengambil kira bahagian ahli keluarga yang mati bersamanya. Sebagai contoh: sekiranya dua (2) orang adik beradik meninggal dunia secara serentak dalam kebakaran. Setiap seorang daripada mereka meninggalkan wang simpanan berjumlah RM90,000 beserta seorang ibu, seorang anak perempuan dan seorang bapa saudara sebelah bapa (‘am).

  1. Menurut pandangan Mazhab Hanafi, Maliki dan Syafi’i, harta tersebut akan diwarisi oleh ibu dan anak-anak perempuan mereka tanpa mengambil kira bahagian saudara yang meninggal bersama. Dalam hal ini, anak perempuan mereka akan menerima ½ atau RM45,000 setiap seorang manakala ibu akan mendapat 1/6 atau RM15,000 daripada jumlah wang simpanan anak pertama dan anak kedua. Manakala selebihnya iaitu RM30,000 akan diperolehi oleh bapa saudara sebelah bapa mereka sebagai ‘asabah yang mengambil lebihan harta pusaka.

  1. Dar al-Ifta’ Mesir telah mengeluarkan fatwa bagi kes kematian serentak melibatkan ahli keluarga dengan menyatakan bahawa ahli keluarga berkenaan tidak mewarisi antara satu sama lain.

  1. Dalam isu pewarisan bagi kes kematian serentak ini, pandangan Jumhur Ulama’ lebih fokus berbanding dengan yang lain di mana Jumhur menetapkan bahawa mereka tidak saling mewarisi antara satu sama lain dan harta pusaka si mati akan dibahagikan kepada waris-waris yang hidup tanpa mengambil kira bahagian ahli keluarga yang mati bersamanya.

  1. Jawatankuasa boleh mengambil pandangan Jumhur dalam menentukan hukum kerana ia berdasarkan kepentingan dan maslahah umat Islam.


Thursday, February 23, 2012

apabila kasih sayang tiada lagi…


Setiap pasangan suami isteri mengharapkan perkahwinan yang dibina berkekalan dunia dan akhirat.

namun begitu, realitinya, bukan semua perkahwinan itu kekal hingga ke akhir hayat. tidak kira berapa lama ikatan perkahwinan telah berlangsung. sebulan, setahun, sepuluh tahun, tiga puluh tahun atau sebagainya; apabila persefahaman tiada lagi; setelah habis ikhtiar termasuk proses sulh / kaunseling di pejabat agama; gagal untuk kembalikan kemesraan seperti dahulu; maka pilihan yg ada ialah berpisah “secara baik” atau bercerai. 

dengan sahnya permohonan perceraian setelah segala proses undang-undang dipatuhi; maka akan bermulalah banyak lagi prosidur undang-undang yg sukar utk diharungi. 

selain dari pengamal undang-undang syarie; ramai yg tidak mengetahui bahawa peruntukan enakmen keluarga Islam yg berkuatkuasa dan undang-undang syarak yg digunapakai sebagai sumber perundangan; banyak memberi hak dan keistimewaan kepada wanita terutama apabila berlakunya perceraian. antara hak-hak wanita selepas berlakunya perceraian ialah tuntutan mutaah; tuntutan nafkah eddah; tuntutan hadhanah ( hak jagaan anak ); tuntutan nafkah anak dan tuntutan harta sepencarian.

kecuali harta sepencarian; hak-hak yg lain itu teman kurang ilmunya. jadi tak bolehlah teman nak cerita lebih. teman nak berkongsi ilmu tentang harta sepencarian utk para pembaca blog ini ( ada ke? hehe ) kerana ianya adalah satu instrumen perancangan harta Islam yg selalu teman cadangkan kpd bakal pelanggan suami isteri utk dimasukkan ke dalam dokumen wissoyah.

utk orang Islam yg bermastautin di negeri Perak, Enakmen 6 Tahun 2004 Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004 digunapakai.

ada dua (2) peruntukan yg menyebut secara jelas mengenai harta sepencarian ini iaitu Seksyen 108 Perintah Larangan Melupuskan Harta Sepencarian dan Seksyen 122 Kuasa Mahkamah Untuk Memerintahkan Pembahagian Harta Sepencarian

teman tak akan perjelaskan kedua-dua peruntukan undang-undang di atas secara terperinci. apa yg teman nak kongsikan disini ialah dari segi maksud dan perkara serta isu berkaitan harta sepencarian itu.


definisi harta sepencarian ialah :-

“ harta yang diperolehi bersama-sama sepanjang perkahwinan yang sah di mana 
kedua-dua pihak memberi sumbangan 
 secara langsung atau  tidak langsung  
terhadap perolehan @ pemilikan harta tersebut.”

kalau kita teliti, bolehlah dijelaskan bahawa :-

  • harta yang diperolehi bersama-sama sepanjang perkahwinan yang sah = semua jenis harta yg dibeli / dimiliki secara bersama atau tidak; selepas berkahwin sehinggalah tarikh sah perceraian – hidup atau mati.
 
  • di mana kedua-dua pihak memberi sumbangan  secara langsung = apabila suami & isteri masing-masing keluarkan perbelanjaan utk memperolehi harta tersebut.
 
  • di mana kedua-dua pihak memberi sumbangan  secara tidak langsung = apabila hanya satu pihak yg mengeluarkan perbelanjaan dan pihak yg satu lagi tidak. contoh lazim ialah; apabila suami yg bekerja dan isteri surirumah sepenuh masa. sumbangan isteri ialah dari segi menjaga makan minum suami dan anak-anak, menjaga keselamatan dan kesejahteraan rumah. 
 
kalau dilihat dari definisi di atas; ini bermakna; semua harta yg dimiliki ialah harta sepencarian. betulkah begitu? malangnya tidak.
ada beberapa jenis harta yg tidak termasuk dalam istilah harta sepencarian. apakah jenis harta itu?

  • harta pusaka yg diperolehi oleh suami atau isteri sebagai waris.
  • wang caruman dari kwsp – ini disahkan melalui Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke 67 (22.2.2005); kerana ada sumbangan dari pihak ketiga iaitu majikan. 
  • wang pencen dari persaraan. 
sebenarnya; apabila berbicara mengenai harta sepencarian ini; ianya bukanlah sesuatu yg boleh dijadikan topik perbualan harian. ini adalah kerana “triggering point” utk tuntutan harta sepencarian ini ialah apabila berlakunya samada ( i ) kematian salah seorang pasangan suami / isteri dan ( ii ) setelah berlaku perceraian yg diperakui sah melalui proses undang-undang kerana tiada persefahaman serta apabila kasih sayang tiada lagi…

Wednesday, February 22, 2012

ini harta ahmad al bab yg punya...

teman ada terima soalan dari kawan. begini bunyinya; 

...yob, teman nie nak tanya meke pasal pusaka.

teman ada dengor ustaz ckp; kalau kita takde anak lelaki, baitulmal akan dapat bahagian dlm harta pusaka kita.
betul ke? kalau betul begitu, ada cara lain ke utk harta tu tak dapat ke baitulmal?

bukan apa yob, harta teman nie bukanlah banyak manapun. kalau bagi pada adek beradek, berapa duit sangatlah yg isteri dgn anak2x perempuan teman yg 3 orang tu dpt!!
  
jawapan teman pd kawan;
...ya betul tu. kalau meke tak nak harta pusaka meke tu ke baitulmal, meke kenalah bincang dgn isteri usahakan dapat anak lelaki. atau meke kawin sorang lagi. 

kawan teman tu pandang semacam je. teman tahu, isteri dia tu bab2x kawin lain nie sensitif. dan seperti ramai kengkawan lelaki teman, bila ckp pasal kawan lain nie, deme 3T - TERINGIN TAPI TAKUT!!

teman bagitau kawan tu; kalau ikut faraid, inilah pecahan yg telah ditetapkan.
    • isteri dapat 1/8 ( sebab ada anak perempuan )
    • anak-anak perempuan dapat 2/3 (kongsi)
    • baki harta pd baitulmal
tetapi teman bagitau yg ada beberapa tindakan yg boleh dilakukan yg dibenarkan melalui undang2x syarak dan sivil kalau dia nak buat seperti yg difikirkan itu; dgn bantuan teman.
  
pertamanya; beliau mestilah membuat dokumen wissoyyah lengkap dgn teman.

kedua; menyediakan " dokumen harta sepencarian " supaya semua harta yg dimiliki sepanjang perkahwinan yg sah antara dia dan isteri; akan dimiliki oleh pihak yg tinggal keseluruhannya; sekiranya pihak yg satu lagi meninggal dunia. 
ketiga; memikirkan utk menyediakan satu tabung kewangan khas. Ini kerana; segala urusan penyelesaian harta pusaka yg melibatkan perbelanjaan dan dengan adanya tabung khas ini, maka, harta pusaka tidak digunakan utk urusan tersebut. biasanya, 10% dari jumlah keseluruhan harta ialah nilaian kos penyelesaian harta pusaka. 
teman menambah; biasanya instrumen kewangan yg digunakan utk tujuan ini ialah takaful kerana ianya murah dan mudah. kaedah ini biasa digunakan dan istilahnya dlm industri kewangan dinamakan sbg; " Insurance @ Takaful; as a financing instrument "...
keempat; berbincang dgn isteri utk membuat perancangan; harta yang ada hendak dibahagi-bahagikan kpd siapa?
kelima;  beliau perlu faham dan akur bahawa; memang ada hak BaitluMal dlm harta pusakanya itu. sebenarnya itu adalah yg terbaik kerana wangnya itu akan mendatangkan pulangan pahala amal jariah. bukankah itu sesuatu yg terlalu bagus!!!
sebenarnya; pihak waris buleh menuntut bahagian BaitulMal itu dan teman sendiripun telah dimaklumkan oleh pegawai di sana. cumanya, bahagian BaitulMal itu akan dinilai dan ahli waris bulehlah membayar mengikut nilaian dan mendapatkan hak BaitulMal itu.
teman menambah; eloklah meke berbincang dgn isteri dulu apa yg teman ceritakan ini. kalau ada masa, kita sembang lagi. kalau meke tanya teman ada cara lain lagi ke nak cari duit lebih utk waris; meke pergilah cari kat gua macam cerita P.Ramlee tu. tapi bersedialah utk dengor jin tu cakap....

...ini harta ahmad al bab yg punya...


Tuesday, February 21, 2012

bila surat tuntut hutang sampai ke rumah...baru nak beringat

salah satu elemen penting dalam perancangan harta Islam ialah penyelesaian hutang si mati.

teringat reaksi kengkawan bila diberitahu kerjaya teman skrg selain menjual buku ialah sebagai "penulis wasiat". 

ini maklumbalas deme; 

  • jgn meke haruih citer pasal bab2x mati nie dgn aku...
  • aku hutang banyak yob; harta setakat kete, rumah dgn moto masa belajor kat itm dulu tu je..
  • kesian teman tengok meke nie, jumpa org citer pasal mati, takde citer lain ke?
teman kata; mmg le susah nak dengor citer pasal bab2x mati nie, sapa yg suka dengor citer mati. tp kalau teman tak citer, smpi bila2x le harta org Islam kita tak dpt diselesaikan. bukannya sikit. dekat 38 billion!!!

sekian kalinya teman ckp. krojer teman nak bantu kengkawan buat perancangan awal. takde salahnya. bantu mana yg patut. ok now back to our topic...

apabila matinya seseorang Muslim itu, maka, ada beberapa ketentuan yg dikenakan ke atas harta pemilikannya. antaranya :-


(i) Menjelaskan perbelanjaan pengkebumian dan pengurusan jenazah seperti belanja memandi, mengkafan, membawa jenazah ke kubur, menggali kubur dan mengkebumikannya mengikut kadar pertengahan.



(ii) Menjelaskan hutang-hutang si mati sama ada hutang Allah seperti zakat, kaffarah, nazar dan haji fardu atau hutang sesama manusia menurut pendapat jumhur. Mazhab Hanafi tidak mewajibkan hutang Allah s.w.t dijelaskan kerana ia telah digugurkan dengan kematian.



(iii) Menyelesaikan tuntutan harta sepencarian oleh salah seorang suami atau isteri yang masih hidup jika harta itu diperolehi dalam masa perkahwinan dan kedua-dua pihak masing-masing ada sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kadarnya akan diputuskan oleh Mahkamah Syariah.



(iv) Melaksanakan wasiat yang dibuat oleh si mati (jika ada) atas kadar 1/3 daripada harta pusaka selepas dijelaskan perkara-perkara di atas. Wasiat juga tidak boleh dibuat kepada ahli waris yang berhak kepada harta pusaka walaupun kadarnya kurang daripada 1/3, kecuali ahli-ahli waris lain bersetuju dengan wasiat tersebut dan persetujuan itu diperolehi selepas kematian dan bukan pada masa hidup pewasiat.



semua di atas, wajib dilaksanakan sebelum harta tersebut diagih-agihkan mengikut faraid atau lain-lain cara yg telah dipersetujui bersama-sama waris.

kalau dilihat kpd tuntutan yg dnyatakan di atas, hutang dunia dan akhirat kita wajib diselesaikan oleh waris. 

bagaimana?

disinilah perancangan harta digunakan. harta yg ada digunakan utk menyelesaikan segala hutang piutang yg ada. 

teman ambil contoh hutang rumah. kebanyakan dari kita memiliki rumah dengan mengambil pinjaman samada melalui bank atau kerajaan. sekiranya berlaku musibah, hutang tersebut akan dijelaskan melalui insurans atau takaful ( MRTA atau MRTT ) yg kita ambil di awal pinjaman dahulu. selesai hutang rumah. iye ke dah selesai? 

sekiranya pinjaman yg dibuat utk membeli rumah tersebut dibuat atas dua nama iaitu nama suami dan isteri, kebiasaannya MRTT atau MRTA adalah dibahagi dua. 

kalau salah seorang dari peminjam meninggal dunia, hutang dengan bahagian MRTA atau MRTT beliau akan selesai. ini bermakna; pihak yg satu lagi akan menyambung baki pinjaman yg maseh ada utk bahagian pinjaman pihak yg maseh hidup lagi. boleh faham kan.

bayangkanlah, sekiranya si suami yg meninggal dunia dan  si isteri adalah suri rumahtangga sepenuh masa dan tidak pernah bekerja. 

apa akan jadi kepada belanja dapur, macamana nak bayar hutang kereta, hutang mesin basuh, hutang motor, duit sekolah anak2x mana nak cari dan lain-lainnya???

itulah gunanya perancangan harta dlm Islam. so; jgnlah tunggu...

bila surat tuntut hutang sampai ke rumah...baru nak beringat...