Monday, February 20, 2012

apa itu WASIAT?


1.   
Wasiat dari segi bahasa bermaksud sambung. Dari segi syarak pula bermakna sedekah hak milik harta yang hanya dilaksanakan selepas kematian. Sedekah begini dinamakan wasiat kerana selepas kematian, pewasiat masih menerima hasil amalan baik didunia.
Menurut seksyen 2 Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999, wasiat adalah ikrar seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat hartanya untuk dilaksanakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas kematian pewasiat.
Daripada takrif wasiat yang telah diberikan diatas, maka jelaslah disini bahawa hak milik kepada harta yang diwasiatkan hanya boleh dimiliki atau berpindah milik selepas kematian pewasiat dan pemilikan harta yang lain contohnya harta yang diberikan semasa hayat, diistilahkan sebagai hadiah atau pemberian.

No comments: