Tuesday, February 21, 2012

KWSP - nak letak penama atau tidak?

akhir 80' an dulu masa mula-mula kerja kerani di pejabat pengurusan lombong gopeng berhad di ipoh, chief clerk mr thong kata; " you need to go to ipoh epf office to put a nominee on your epf monies should anything happen to you. just put your parents name."


itulah 'encounter' pertama teman pasal epf nie.

teman letaklah nama bapak & mak teman. lupa dah berapa pecahannya.

tp lepas beberapa lama, teman teringat balik pasal penama nie bila udah bernikah. elok masukkan nama wife. lalu teman tambahkan nama wife sebagai penama.

lepas tu bila dah ada anak, teringat balik pasal penama ini dan kali ini teman buat penamaan baru dan masukkan nama anak dan isteri shj.

bila dah bertambah anak, itulah yg teman lakukan sehinggalah bila teman menuntut ilmu pusaka dan faraid ini. jadi, skrg teman nak berkongsi dgn sesiapa yg baca blog teman ini pasal penama kwsp. kalau bermanfaat, buatlah apa yg patut. "sure heboh" kan pd kengkawan.

 soal & jawab

nak update selalu atau tidak penama di kwsp?

off course; kemaskinikan bila ada keperluan. keperluan? 
 
bila anda sudah berkahwin. letak nama pasangan masing-masing. nnti ada pulak org perempuan ckp begini..taknak lah meor. kalau aku mati, laki aku ambik duit tu kawin lain. nanti anak2x aku tak terbela. no komen tp....

hukum syarak - penama di dlm kwsp hanya bertindak sebagai pemegang amanah utk menjaga dan membahagi-bahagikan wang tersebut mengikut pembahagian faraid atau cara yg telah dipersetujui oleh ahli waris atau mengikut arahan wasiat si mati. jadi takde kompromi pasal tugas nak letakkan hak pd tempatnya. berdosa makan harta anak yatim...

utk enchik abang - letaklah nama isteri. itulah tanda qaseh dan sayang. 

nak letak nama penama pulak, letaklah nama pasangan sahaja. 

kenapa? sebabya. kalau letak nama semua anak2x, sekiranya anak2x itu ada yg dibawah umur, bahagian wang utk anak2x akan berada di bawah amanahraya berhad (arb); sehinggalah anak itu cukup umur ie 18 tahun. kat arb; dikenakan caj simpanan sehingga umur anak 18 tahun. bermakna; wang pusaka dari epf kpd anak bongsu kitalah yg paling sedikit bila dia capai umur 18 tahun. 

so, letakkan nama pasangan kita sebagai penama dan pastinya dialah yg akan menjadi wasi & pemegang amanah utk wang anak kita. 

ya - kalau kita sudah bercerai dgn pasangan, tukarlah. letaklah nama adek beradek kita yg boleh dipercayai utk bertindak sebagai wasi/pemegang amanah.

tidak perlu kemaskini? kenapa  pulak?

apa guarantee penama tak songlap duit tu terus kat dia sorang je?

aha kan. mmg takde guarantee. cumanya sebagai seorang Islam yg dipertanggungjawabkan utk menjadi wasi / pemegang amanah, buatlah percaturan yg sebaiknya. itu je. ikut tuntutan syarak. bertugaslah membahagi bahagikan harta pusaka si mati. jgn nak "kona-kona" kata kawan teman. 

buleh letak sesiapa saja ke sebagai penama? 

kwsp menetapkan ahli keluarga terdekat dan waris shj yg buleh sebagai penama.

oklah. itu je yg teman nak berkongsi pasal kwsp nie

harap dpt membantu.

jadi.....esuk lusa ambillah masa utk kemaskini akaun kwsp anda  :)

 

 

 



 
  
 

No comments: